pegawai perhubungan awam







Image result for pegawai perhubungan awam


Pembentukan imej yang positif terhadap sesebuah organisasi amat penting. Tanpa imej yang bersih, kita tidak dapat memperkembangkan lagi syarikat ke peringkat yang lebih maju. Setiap isu yang berlaku mestilah diselesaikan dengan segera. Disebabkan itu, setiap organisasi memerlukan pegawai perhubungan awam untuk menerangkan dengan sebaiknya tentang permasalahan yang berlaku dalam sesebuah organisasi. Malahan, pegawai perhubungan awam juga dapat memberi tafsiran yang jelas kepada masyarakat tentang isu terkini yang berlaku sama ada di dalam organisasi itu sendiri mahupun yang melibatkan masyarakat dan pengguna secara khususnya.

Sebagai seorang pegawai perhubungan awam, kita perlulah sentiasa peka dengan isu semasa yang melibatkan organisasi. Ianya penting untuk menjaga imej positif organisasi daripada tercemar disebabkan isu yang tidak sepatutnya. Setiap perkara yang dilakukan oleh dalaman organisasi akan sentiasa dinilai oleh masyarakat. Persepsi sekeliling sangat penting dalam pembentukan imej yang bersih di mana setiap organisasi akan sentiasa berusaha untuk memantapkan lagi perjalanan syarikat demi memastikan nama baik syarikat sentiasa terjaga. Oleh itu, pengamal PR akan sentiasa menjadi tulang belakang utama dalam menyokong setiap tindakan dan keputusan yang dibuat oleh organisasi. 

Dalam pada itu, pegawai perhubungan awam perlulah mengetuai organisasi dalam usaha untuk membantu pegawai atasan syarikat menyalurkan maklumat kepada orang awam. Penyebaran maklumat kepada masyarakat melalui siaran televisyen mahupun media massa bukannya usaha yang mudah. Sebaliknya, pegawai perhubungan awam perlulah memainkan peranan mereka dengan sebaiknya kerana setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai perhubungan awam yang mewakili syarikat, akan di nilai satu persatu oleh masyarakat. Tujuannya adalah untuk memberikan lebih kefahaman terhadap isu yang berlaku kepada masyarakat umum.  

Malahan, pegawai perhubungan awam juga perlu memastikan permasalahan yang berlaku di dalam organisasi itu tidak berulang lagi di masa akan datang. Kerana ia boleh memberikan imej yang buruk terhadap sesebuah organisasi. Pegawai perhubungan awam akan memainkan peranan mereka dengan sebaiknya untuk menangani segala isu yang melanda syarikat. Seperti mana yang kita ketahui, media massa telah menjadi rujukan utama kepada semua lapisan masyarakat. Dan disitulah juga segala tuduhan palsu disebarkan sehinggakan dapat menjatuhkan imej sesebuah organisasi dengan sekelip mata sahaja. Oleh itu pegawai perhubungan awam perlu sentiasa memantau dan memberi penjelasan yang kuat kepada netizen-netizen di dalam dunia media massa. 

Seterusnya, mencatat setiap sudut permasalahan demi menjaga kemajuan di dalam syarikat. Dalam mencapai hasrat kemajuan untuk organisasi itu pegawai perhubungan awam perlulah juga memastikan target syarikat terus tercapai. Kerana apabila sesebuah syarikat itu dalam proses untuk membangun semestinya memerlukan masa yang agak lama untuk kembali pulih seperti biasa dan secara tidak langsung jualan produk syarikat naik dengan perlahan-lahan. Oleh itu, sebagai pegawai perhubungan awam yang berjaya mereka perlulah meyakinkan pelangang syarikat semula dengan memaparkan tentang produk syarikat  di media elektronik  ataupun media catak. 

Disamping itu, dalam membina nama baik syarikat daripada terus tercalar pegawai perhubungan awam perlulah memastikan gangguan yang dialami oleh syarikat terus awasi. Contohnya gangguan disebabkan oleh musuh-musuh syarikat. Dan ia terdiri dikalangan masyarakat ataupun netizen dialam maya. Oleh sebab itu, tugas pegawai perhubungan awam bukanlah memantau di dalam syarikat sahaja malahan luar syarikat juga perlu diberikan perhatian yang rapi jua. Supaya setiap isu yang berlaku di dalam syarikat tidak memberikan kesan yang mendalam sehinggakan dapat mencalarkan imej organisasi dengan serta merta. Oleh kerana itu, peranan pegawai perhubungan awam ialah sangat luas ia memerlukan seseorang yang bijak dan cekal. 

Secara keseluruhannya, tugas pegawai perhubungan awam bukanlah tugas yang biasa tetapi ia memerlukan pasukan yang ramai agar setiap masalah yang dihadapi oleh sesebuah organisasi dapat diatasi dengan pantas kerana sebarang masalah yang dihadapi bukanlah berlaku  secara sengaja malahan ia berlaku secara tidak di jangka. Oleh sebab itu, pegawai perhubungan awam disarangkan agar berada di dalam keadaan yang sentiasa bersedia. Selain daripada itu, harapan pegawai perhubungan awam adalah untuk meyakinkan pandangan masyarakat terhadap sesebuah isu dan memperbetulkan supaya boleh diterima oleh orang ramai dengan baik Dan saya harap apa yang saya kongsikan ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita tentang ini.

Comments

Popular posts from this blog

IDEOLOGI PEMIKIRAN (ORIENTALISME)

Penulisan berita media baru dan tv