IDEOLOGI PEMIKIRAN (ORIENTALISME)

 PENDAHULUAN

            Islam sebagai agama yang didasarkan kepada dua sumber; al-Quran dan Hadis tidak hanya berupa doktrin- doktrin teologis mahupun doktrin sosial, tetapi lebih dari pada itu, Islam juga melahirkan peradaban. Peradaban yang dilahirkan oleh Islam melalui cendikiawan dan intelektualnya. Hal ini membuktikan bahawa Islam sebagai agama yang telah memberikan banyak kebaikan yang begitu besar kepada penganutnya.
            Pada zaman keemasan Islam, para intelektual muslim telah mengadakan proses perpindahan ilmu pengetahuan dari berbagai peradaban. Pada saat itu, proses intelektual berjalan dengan lancer yang didukung oleh pemerintah Islam, sehingga melahirkan saran intelektual seperti sekolah, perguruan tinggi dan perpustakaan. Hal ini menjadikan Islam maju di bidang peradaban. Di bidang sains, seperti kedoktoran matematik, astronomi dan lain- lain.
            Pada abad ke-13,kemajuan peradaban umat Islam mendapat perhatian oleh orang- orang Barat, sehingga mereka berdatangan ke dunia Islam untuk belajar sains, baru kemudian mereka kembangkan. Pada abad ke kesembilan belas, di mana dunia Islam sudah mengalami kemunduran, orang- orang Barat datang lagi ke bumi Islam untuk kedua kalinya dengan membawa sains dan teknologi yang pernah mereka pelajari di dunia Islam pada abad ketiga belas setelah mereka kembangkan selama enam abad.
            Meskipun dunia Islam mengalami kemunduran dan Barat mengalami kemajuan, tetapi dunia Islam pada saat itu, masih menyimpan khazanah peradaban. Hal ini, menjadikan orang- orang Barat yang memiliki sains dan teknologi tertarik untuk mengembangkan keahliannya dalam meneliti dan mengenali kembali dunia Islam, sehingga lahirlah orang Barat yang ahli dalam bidang ketimuran yang disebut dengan Orientalis. Ketertarikan untuk mengetahui dan mengenal kembali dunia Islam itu, tidak terlepas dari segi politik, ekonomi, sosial dan agama.




PENGERTIAN ORIENTALISME

            Orientalis adalah kata serapan dari bahasa Perancis yang asal katanya adalah Orient yang beerti “Timur”. Secara geografis, kata ini dapat diertikan “dunia Timur” dan secara etnologis beerti bangsa- bangsa di timur. Kata Orient itu telah memasuki berbagai bahasa di Eropah, termasuk bahasa Inggeris. Orienta adalah sebuah kata sifat yang bermakna; hal- hal yang bersifat ketimuran, yang teramat luas ruang lingkupnya. Sementara Orientalis adalah ilmuwan Barat yang mendalami masalah- masalah ketimuran, yang di dalamnya memuat tentang bahasa- bahasa, kesusteraan, peradaban dan agama- agama Timur. Namun terkadang penamaan Orientalis hanya dibatasi kepada orang- orang yang mengkaji pemikiran Islam dan peradabannya.
Dengan begitu, Orientalisme dimaknai sebagai satu cara atau sikap mengenai hal- hal ynag bersifat Timur. Dengan kata lain, Orientalisme dapat diertikan sebagai hal- hal yang berhubungan dengan masalah ketimuran, dan secara khusus Orientalisme adalah scholarship or learning in oriental subject, kesarjanaan atau pengkajian dalam bidang- bidang kajian ketimuran. Secara terminology, Orientalisme dimaknai sebagai satu cara atau metode yang digunakan untuk memahami dunia Timur, berdasarkan tempatnya yang khusus dalam pengalaman manusia Barat, atau dapat pula difahami sebagai suatu gaya berfikir yang berlandskan pada perbezaan ontologies dan epistimologis yang dibuat antara Timur dan Barat. (JAMILAH, 1997)







SEJARAH ORIENTALISME

        Tidak diketahui secara pasti bila munculnya orientalisme, tetapi sejarah menjangkakan orientalis muncul pada saat umat Muslim mencapai puncak kegemilangan prestasi peradabannya khususnya dalam bidang ilmu pengetahuan. Ramai orang- orang Barat yang belajar dengan Ulama dan cendikiawan muslim pada saat itu terutama d wilayah Kepulauan Laut Putih (Andalusia) dan Silicia daerah Eropah yang menjadi wilayah keekuasaan Umat muslim. Dan banyak diantara mereka adalah pendeta- pendeta agama Nasrani dan Yahudi.
            Setelah golongan pendeta ini pulang ke negera asal, mereka mengajarkan apa yang dipelajari kepada masyarakat Eropah dan menyebarkan kebudayaan Arab serta menterjemahkan buku- buku Karya Ulama- Ulama Muslin. Mereka merasakan bahawa Islam adalah pembelot dari agama mereka dan merupakan ancaman bagi agama mereka. Maka dari itu mereka berusaha untuk mempelajari atau mengkaji agama Islam bagi menghancurkan dan melemahkan umat Islam.
            Tambahan lagi, peristiwa Perang Salib anatara umat Islam dan Nasrani menjadi sebab utama yang menyebabkan orang- orang Barat untu melakukan kajian terhadap agama Islam. Perang Salib merupakan suatu tragedi yang dasyhat yang tidak dapat dilupakan yang mana pertembungan antara dua kuasa besar antara Umat Islam dan golongan Kristian, yang berakhir dengan kekalahan dan kehancuran golongan Kristian sehingga menyebabkan mereka ini menyimpan dendam yang membara untuk menghancurkan Islam.
            Gerakan Orientalisme tumbuh dengan pesat selepas Perang Salib yang mana Orientalisme adalah satu bentuk inovasi intelektual yang bermuara dari sebab- sebab keagamaan. Golomgam Orientalisme ini yang terdiri dari ahli kitab mula mempelajari atau mengkaji tentang bahasa Arab dan Islam dan kemudian berkembang menjadi kajian-kajian berkaitan ekonomi, politik dan lain- lain, dengan berpegang pada prinsip utama yang mengandungi tujuannya tersendiri. (Nasution, 1995)


FAKTOR- FAKTOR KEMUNCULAN ORIENTALISME

Antara faktor- faktor kemunculan orientalisme mengandungi lima faktor. Pertama ialah Faktor Agama, yang mana diimplikasikan dari kekalahan golongan Kristian dalam Perang Salib yang menyebabkan golongan Kristian menyimpan dendam yang kuat untuk menghancurkan Islam dengan memesongkan atau mengelirukan umat Islam melalui agama mereka dengan memutar belitkan ajaran Islam sehingga membuatkan penganutnya keliru.
Seterusnya Faktor penjajahan, penjajahan di sini bukan sahaja penjajahan dari segi luaran tetapi turut juga disertai oleh penjajahan dalaman umat Islam. Penjajahan luaran dirujuk penjajahan dari segi budaya yang meliputi aspek sosial umat Islam dan penjajahan dalaman ialah melalui pemikiran umat Islam yang mana telah dikotori dengan pelbagai benda yang merosakkan akal umat Islam.
            Selain itu Faktor Ilmu, dengan menguasai semua ilmu- ilmu pengajian Islam sebagai cara atau usaha yang utama untuk menjatuhkan dan menghancurkan Islam dengan menyelitkan pelbagai kekeliruan dalam ilmu- ilmu Islam dan mewujudkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam yang man bolrh memesongkan kefahaman dan kepercayaan umat Islam. Tetapi ada sesetengan golongan Kristian yang mendalami atau mempelajari ilmu Islam yang pada awalnya dengan niat hanya untuk menghancurkan umat tetapi diberikan hidayah oleh Allah untuk kembali kepada Islam.
Tambahan lagi Faktor Ekonomi, yang mana kajian dan penyelidikan dilakukan di Timur Tengah oleh sesetengah sarjana orientalis Barat bertujuan untuk menguasai ekonomi umat Islam yang seterusnya mendorong kepada kuasa monopoli oleh Barat yang mana hala ini mampu menjatuhkan ekonomi umat Islam akibat mainan atau ketidakadilan yang akan dilakukan oleh Barat terutama ke atas Negara Islam. (hussin, 2017)



TOKOH- TOKOH ORIENTALISME

Antara tokoh- tokoh Orientalis ialah Ignaz Goldziher, Joseph Schacht dan Gauther H.A Juynboll. Ignaz Goldziher, merupakan orientalis Hungaria yang dilahirkan dari keluarga Yahudi pada tahun 1850 M, dan belajar di Budapest, Berlin dan Leipzig. Karya- karya tulisannya yang banyak membahas masalah- masalah keislaman banyak  di terbitan dalam bahasa Jerman, Inggeris,Perancis dan bahasa Arab. Dan karya yang paling berpengaruh hasil daripada penulisannya ialah buku Muhammadanische Studien, dimana ia menjadi sumber rujukan utama dalam pembelajaran Hadis di Barat.
            Seterusnya Joseph Schacht, lahir di Silisie Jerman pada 15 March 1902. Kariernya sebagai Orientalis bermula dengan belajar pilologi Klasik, theology,dan bahasa- bahasa Timur di Universiti Berslauw dan Universiti Leipzig. Antara karya hasil penulisannya yang menjadikannya terkenal adalah buku The Origins of Muhammadan Jurisprudence yang dterbitkan pada tahun 1950, kemudian An Introduction to Islamic Lau yang dterbitkan pada tahun 1960. Dalam kedua karyanya inilah ia menyajikan hasil penelitian tentang Hadis Nabawi yang ia mengatakan bahawa sebahagian besar adalah palsu.
            Tambahan lagi Gauther H.A Junboll, merupakan seorang Orientalis yang mendukung pemikiran kedua Orientalis di atas, berasal dari Belanda dan dilahirkan pada tahun 1935. Antara karyanya seperti Muslim Tradition : Studies in Cronology Proveanace and Authorship of Early Hadis dan The Date of The Great Fitna, yang mana melakukan kritikan terhadap hadis dan mendukung gagasan Schacht dalam buku The Origin of Muhammadans Yurisprudence. (Said, 1996)

Oleh: Syakirin@S.MencariIlmu

Comments

Popular posts from this blog

pegawai perhubungan awam

Penulisan berita media baru dan tv