Posts

Showing posts from August, 2017

Pahala Mentaati Ibu Bapa Melebihi Jihad Fisabilillah

Pahala Mentaati Ibu Bapa Melebihi Jihad Fisabilillah Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat kepada Allah SWT.   RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu." a33; (Surah Al-Isra' ayat 23) Rasulullah SAW lebih jelas menegaska...

IDEOLOGI PEMIKIRAN (ORIENTALISME)

  PENDAHULUAN             Islam sebagai agama yang didasarkan kepada dua sumber; al-Quran dan Hadis tidak hanya berupa doktrin- doktrin teologis mahupun doktrin sosial, tetapi lebih dari pada itu, Islam juga melahirkan peradaban. Peradaban yang dilahirkan oleh Islam melalui cendikiawan dan intelektualnya. Hal ini membuktikan bahawa Islam sebagai agama yang telah memberikan banyak kebaikan yang begitu besar kepada penganutnya.             Pada zaman keemasan Islam, para intelektual muslim telah mengadakan proses perpindahan ilmu pengetahuan dari berbagai peradaban. Pada saat itu, proses intelektual berjalan dengan lancer yang didukung oleh pemerintah Islam, sehingga melahirkan saran intelektual seperti sekolah, perguruan tinggi dan perpustakaan. Hal ini menjadikan Islam maju di bidang peradaban. Di bidang sains, seperti kedoktoran matematik, astronomi dan lain- lain....

pegawai perhubungan awam

Image
Pembentukan imej yang positif terhadap sesebuah organisasi amat penting. Tanpa imej yang bersih, kita tidak dapat memperkembangkan lagi syarikat ke peringkat yang lebih maju. Setiap isu yang berlaku mestilah diselesaikan dengan segera. Disebabkan itu, setiap organisasi memerlukan pegawai perhubungan awam untuk menerangkan dengan sebaiknya tentang permasalahan yang berlaku dalam sesebuah organisasi. Malahan, pegawai perhubungan awam juga dapat memberi tafsiran yang jelas kepada masyarakat tentang isu terkini yang berlaku sama ada di dalam organisasi itu sendiri mahupun yang melibatkan masyarakat dan pengguna secara khususnya. Sebagai seorang pegawai perhubungan awam, kita perlulah sentiasa peka dengan isu semasa yang melibatkan organisasi. Ianya penting untuk menjaga imej positif organisasi daripada tercemar disebabkan isu yang tidak sepatutnya. Setiap perkara yang dilakukan oleh dalaman organisasi akan sentiasa dinilai oleh masyarakat. Persepsi sekeliling sangat penting ...